Wednesday, 30 October 2013

Salam Permulaan



Assalamua'laikum dan salam sejahtera, sidang pembaca sekalian. Post kali ini bukanlah sebahagian daripada tugasan yang diberikan. Tetapi, alangkah eloknya jika apa-apa perkara dimulakan dengan muqaddimah yang baik. 

Suka kami nyatakan bahawa tugasan sebegini mampu mengasah, dan memberi pengalaman berguna kepada kami tentang ilmu IT ini. Sedikit sebanyak, kami dapat berjinak-jinak dengan ilmu moden ini seterusnya, dapat diperaktikkan pada masa hadapan. 




Kami berharap agar tugasan ini dapat memberikan impak terhadap diri kami secara langsung mahupun tidak langsung. Tambahan pula, tugasan sebegini merupakan inovasi dalam pembelajaran masa kini. 

Tidak perlulah kami bercoret panjang, cukup sekadar mengungkapkan penghargaan kepada semua terutamanya Dr. Hasanah binti Abdul Khafidz, pensyarah subjek Pembangunan Diri I (ZZZT1052). 

Sekian, terima kasih.