Wednesday, 6 November 2013

BENTUK PENYELESAIAN MASALAH



PENYELESAIAN MASALAH SECARA KRITIS DAN LOGIK



Menurut Munir Shib (2002), pemikiran kritis adalah situasi seseorang gemar membuat komen, mencari kesalan, dan bepandangan negatif serta suka melihat kelemahan, dan kekurang sesuatu idea.


Menurut Maimunah (2004), menyelesaikan masalah secara kritis memerlukan ciri-ciri pemikiran yang kritikal iaitu; cenderung kepada mencari dan mengenalpasti kelemahan, kesilapan, kekurangan dan kecacatan sesuatu idea.

Menurut Abdul Rahman (2002), menyelasaikan masalah secara logik melibatkan proses rasional-deduktif, iaitu;

1. mengenalpasti dan memahami premis masalah, seterusnya;
2. mencari sebab dan punca masalah, seterusnya;
3. menilai cara-cara penyelesaian iaitu memilih cara terbaik dan paling efisien untuk menyelasaikan     masalah tersebut, seterusnya;
4. membuat kesimpulan tentang perlaksanaannya.


PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK


Pendekatan masalah secara saintifik boleh digunakan untuk; mempelajari sejarah, dan sasatera; mengkaji masayarakat ataupun kerajaan; dan mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi, falsafah serta peribadi. Pemikiran saintifik juga dikaitkan dengan penggunaan logik iaitu satu proses pemikiran tidak beremosi, sukar dipengaruhi, serta proses yang melihat langkah demi langkah.
Pendekatan saintifik bertujuan mengadakan beberapa prosedur dan kriteria paiwai untuk meminimumkan pengaruh tersebut semasa membangunkan satu teori. Ia melibatkan beberapa langkah, iaitu;

1. mengungkapkan soalan dan mencari masalah signifikan, seterusnya;
2. mengumpulkan maklumat dalam usaha menjawab soalan, seterusnya;
3. menjalankan eksperimen, seterusnya;
4. menghubungkan hipotesis dengan hasil kajian.



Kaedah saintifik adalah cara utama bagi menemui fakta-fakta tentang alam sekitar(khususnya) dan kemudian mengemukakan terori-teori yang berkaitan. 


Penyelesaian masalah secara saintifik merupakan kaedah yang mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang Sains, sama ada Biologi, Kimia, ataupun Fizik. 


Apabila disenaraipendekkan, langkah UTAMA menyelesaikan masalah secara saintifik ialah; 

1. mengadakan hipotesis itaitu ramalan yang munasabah berdasarkan pemerhatian, seterusnya;

2. mengumpul maklumat iaitu, pengumpulan data yang bertujuan menguji hipotesis tersebut, seterusnya;
3.membuat kesimpulan iaitu mengadakan interpretasi dan kesimpulan tentang kajian yang telah dijalankan. 


PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF/LATERAL



Ciri-ciri penyelesaian masalah secara kreatif/literal:
  • Kedah ini lebih suka menunda penilaian kerana yang lebih penting ialah menjana idea-idea baru tanpa mempedulikan sama ada idea tersebut betul atau salah.
  • Kaedah ini memperuntukkan merekacipta penyelesaian yang boleh membawa keuntungan.
  • Kaedah ini bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan tanpa terikat dengan logik sebab dan akibat.


Antara cara penyelesaian masalah secara kreatif dan literal

  • Tidak terus menggunakan kaedah perama yang ditemui;
  • Cuba fikirkan apakah cara-cara yang mungkin diigunakan orang lain seandainya masalah itu berlaku pada mereka; 
  • Tidak bersifat defensif terhadap masalah itu;
  • Minta pendapat orang lain yang tidak selalu terlibat dengan masalah;
  • biasakan dengan tabiat mengeram idea-idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah;
  • Yakin pada idea dan diri sendiri;
  • gunakan peta minda;
  • biasakan diri dengan tabiat sengaja mencari-cari pelbagai masalah yang ada di sekeliling.

0 comments:

Post a Comment